Wednesday, August 3, 2011

Gaya Pemakanan Mempengaruhi Kesihatan Masyarakat

LARAS SAINS

Gaya Pemakanan Mempengaruhi Kesihatan Masyarakat 
Norkumala binti Awang
Pegawai Penyelidik
05/03/2007 | Artikel Bahasa Malaysia
Memang mudah melakar impian, tetapi mungkin sukar untuk menterjemahkannya mengikut hakikat. Namun, biar apapun kemungkinan yang bakal berlaku, kita sebagai umat Islam perlu sedaya upaya menguatkan semangat agar apa yang dicitakan tercapai. Sejajar dengan itu, seharusnya amalan pemakanan seharian kita perlu diubah agar dapat meningkatkan taraf kesihatan dengan pemakanan yang sihat berteraskan faham halalan tayyiban. Mungkin runtunan nafsu terhadap makanan yang tidak berkhasiat menjadi penghalang kerana ia telah menjadi tabiat kita tetapi jika kita memiliki keazaman untuk mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang, ia mungkin dapat diatasi. Jika sebelum ini, kita seorang hamba Allah yang tidak pernah mengambil berat tentang sumber makanan yang menjadi darah daging kita, anjakkanlah sikap kita agar dapat berubah kepada gaya pemakanan dan hidup yang sihat serta menekankan kepentingan pengambilan makanan yang memberi kesan yang mendalam sama ada jasmani mahupun rohani.
Tidak dapat disangkal lagi bahawa amalan pemakanan seseorang akan mempengaruhi kesihatan masyarakat. Kehidupan yang sihat bertitik tolak daripada pemakanan yang baik. Bagi yang menjalani gaya hidup yang sihat, barangkali mempunyai banyak pilihan untuk mempertingkatkan tahap kesihatan contohnya mengurangkan berat badan dengan cara yang betul, melakukan aktiviti yang sihat, pengambilan makanan yang seimbang walaupun sesetengah daripada kita dihambat dengan kesibukan tugas. Untuk meningkatkan lagi kualiti kehidupan, kita tidak boleh lupa akan faktor yang mempengaruhi tubuh kita, kerana tubuh badan manusia adalah satu organisma hidup yang amat mengkagumkan di mana ia mempunyai kemampuan untuk membesar, mengawal, memperbaiki dan mempertahankan diri jika diberi pemakanan seimbang, bermutu tinggi dan semula jadi.
Di dalam memilih makanan, Islam menekankan agar umatnya mencari yang halal serta baik. Ini kerana faham halalan tayyiban yang dianjurkan dalam Al Quran mencerminkan kepada kita bahawa Islam itu syumul hatta di dalam bab pemilihan makanan sekalipun diperincikan dengan faham yang cukup lengkap panduannya. Intipatinya mudah, pilih makanan yang halal, sumber rezeki yang halal, menekankan unsur mutu makanan iaitu pemakanan yang sihat serta makanan yang baik dan bersih untuk kesihatan. Kalau sebelum ini, kita mengambil mudah dengan sumber makanan yang disuapkan ke mulut kita sehari- hari, anjakkanlah pemikiran kita agar unsur halal itu menjadi satu perkara yang amat penting mempengaruhi kesihatan rohani dan jasmani malah juga penting dalam pembentukan peribadi anak- anak. Sewajarnya kita menitikberatkan bahawa jika kita memberikan mereka makanan yang haram dan kotor, anak akan cenderung menjadi derhaka dan biadab.
Apakah yang ditakrifkan sebagai makanan yang bermutu supaya ia benar- benar memenuhi ciri- ciri tayyib? Makanan yang hendak dimakan itu dikatakan tayyib jika ia memenuhi kriteria seimbang. Jika sebelum ini, kita tidak pernah prihatin terhadap pemakanan yang seimbang, seharusnya kita sedar dan mengubah tabiat makan agar lebih menjuruskan kepada mementingkan unsur kesihatan. Saranan untuk mengambil makanan bagi memenuhi keperluan tubuh mengikut jumlah zat dan mineral dapat dilihat daripada amalan Rasulullah SAW sendiri di mana baginda mencampurkan beberapa jenis makanan untuk dimakan. Daripada Salh bin Saad pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah memakan buah tembikai dengan tamar basah. Dan amalan ini merupakan satu pendekatan yang dipamerkan oleh Rasulullah dalam pola pemakanan yang seimbang.
Dari satu sudut lain yang kini dipandang sepi oleh sesetengah daripada kita ialah industri perusahaan makanan. Dunia industri makanan dan minuman kita gersang dengan penyertaan dari umat Islam. Mereka lebih rela disogokkan dengan budaya makan gaji berbanding dengan berusaha sendiri untuk menjadi usahawan muslim yang berjaya contohnya dalam bidang industri makanan dan minuman. Umat Islam masih lagi bergantung harap kepada bukan Islam untuk keperluan harian. Seharusnya umat Islam tidak cepat melatah kerana isu makanan tidak halal yang diusahakan oleh pengilang bukan Islam. Ini kerana kebanyakan daripada makanan dan minuman yang digunakan oleh umat Islam adalah dikeluarkan oleh pengusaha bukan Islam. Sejajar dengan itu penyertaan oleh ramai lagi usahawan muslim ke dalam industri ini seharusnya lebih hebat lagi dan digalakkan oleh orang Islam itu sendiri. Barangkali dengan wujudnya pengusaha dari kalangan orang Islam akan menjamin ciri- ciri kebersihan dan kehalalan sesuatu produk makanan. Oleh itu, kita perlu persiapkan akal fikiran dan seharusnya menyokong peniaga dan usahawan Islam yang lain dengan memilih makanan yang diusahakan mereka jika kita sendiri tidak mampu untuk merintis menjadi usahawan makanan muslim. Sekurang- kurangnya, kita dapat membantu golongan seagama kita berjaya dalam perniagaan sekaligus memperkembangkan makanan muslim yang halal lagi baik.
Seharusnya, kita mampu mengubah pola pemakanan ke arah yang lebih sihat mengikut kemampuan kita. Makanan itu dikatakan memenuhi ciri tayyib apabila ia selamat dimakan. Mungkin di kalangan kita tidak memperhalusi erti tayyib sebenar dan mengambil mudah tentangnya sebelum ini. Namun, kita boleh menanamkan niat agar kita menekankan soal keselamatan makanan yang merangkumi soal kebersihan dan keracunan makanan. Apabila ingin mengubah selera makan diluar, sebagai pengguna yang bijaksana perlulah memilih kedai yang bersih, halal dan selamat. Penyajian makanan juga tidak meragukan kita. Di dalam satu hadis, Anas Ibn Malik meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW membersihkan buah kurma terlebih dahulu sebelum makan. Ini menunjukkan walaupun buah kurma itu makanan yang segar, ia mungkin tercemar oleh debu atau benda- benda lain yang menyebabkan ia tidak elok untuk dimakan. Oleh itu, membasuhnya adalah salah satu cara untuk kita mengekalkan keselamatan makanan tersebut.
Dalam sudut lain mengenai pemakanan, kadang- kadang ramai di antara kita bimbang dengan penampilan saiz badan masing- masing terutamanya wanita. Mungkin ada di kalangan kita mengalami masalah kegemukan. Kegemukan bukan sekadar masalah lahiriah tetapi dari sudut kesihatan ia mungkin mendatang bahaya yang lebih besar iaitu penyakit berkaitan jantung. Ia amat membimbangkan kerana penyakit ini dapat membunuh manusia secara senyap tanpa disedari. Oleh itu, pemakanan yang sihat dapat menjamin bentuk badan yang cantik secara langsung kesihatan yang baik. Bagi yang memiliki bentuk badan yang tidak memuaskan, dengan gaya pemakanan yang seimbang dan senaman yang berkala dapat menurunkan berat badan kepada bentuk yang diingini. Oleh itu, tiket atas dasar kesihatan mungkin menjadi satu titik tolak untuk kita berusaha mencapai berat badan yang unggul dalam memperbaiki taraf kesihatan yang lebih baik. Dengan azam yang kental, kita dapat menterjemahkan impian kita kepada kenyataan.
Sewajarnya kita sendiri berusaha ke arah pemakanan yang sihat. Daripada bab pemilihan makanan halal dan baik, penglibatan dalam industri makanan halal sehinggalah kepada penyediaan sendiri makanan yang baik di rumah menjadi tanggungjawab setiap individu muslim. Ayuh, kita tanamkan niat agar kita sendiri menjadi seorang insan yang bertaraf tinggi, kesihatan yang baik dan terjamin untuk kesinambungan masyarakat pewaris beradab pada masa hadapan.
Soalan
‘Amalan Pemakanan Baik’ perlu diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat. Bincangkan rasional amalan ini dan langkah-langkah untuk menghindarkan penyakit dalam kalangan warga emas di negara-negara membangun.

Manfaat penganjuran temasya sukan

 LARAS SASTERA

Oleh: SHAHRIL ANUAR ABDUL GHALIM (Utusan Malaysia 8/12/2007)
TIDAK dapat disangkal lagi bahawa sukan memainkan peranan penting dalam membentuk kesihatan tubuh yang paling berkesan. Tetapi fungsinya kini sudah jauh ke hadapan. Ia kini telah menjadi aset bagi sesebuah negara dalam mempelopori kemasyhuran.
Ini terbukti dengan tanggapan spontan jika seseorang itu ditanyakan soalan seperti, siapakah kuasa bola sepak dunia? Negara manakah yang mengungguli sukan bola keranjang, tenis, hoki, badminton atau sebagainya.
Ternyata sukan dapat membantu negara mengharumkan namanya di peringkat persada dunia. Malaysia juga kini lebih dikenali kerana pencapaian yang cemerlang dalam sukan badminton, skuasy dan hoki serta beberapa lagi jenis sukan.
Dari segi ekonomi, sukan juga telah membuka satu lagi hubungan erat di antara sukan, media dan syarikat pengiklanan.
Ini amat baik dari segi pertumbuhan ekonomi negara. Syarikat-syarikat televisyen berlumba- lumba untuk membuat liputan secara langsung sesuatu acara sukan dan tidak ketinggalan juga syarikat pengiklanan yang berlumba-lumba untuk menjadi penaja utama.
Bagi negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum seperti Malaysia, sukan dapat digunakan sebagai alat mengintegrasikan atau menyatupadukan masyarakat.
Kegiatan sukan yang melibatkan pelbagai kaum dan etnik menyediakan peluang untuk mereka senantiasa bekerjasama, saling memahami dan menyemai konsep saling perlu memerlukan di antara satu dengan yang lain.
Ini dapat memupuk semangat kesukanan yang kuat sesama mereka sekali gus mengeratkan lagi perpaduan dan mengikis aspek negatif ke arah keharmonian negara.
Jalinan politik antara negara juga dapat dikukuhkan dengan penganjuran pelbagai temasya sukan seperti Piala Dunia, Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan SEA dan tak kurang juga temasya sukan di peringkat kebangsaan seperti Sukma yang telah pun berakhir beberapa bulan yang lalu. Jalinan dua hala dapat dibentuk dengan semangat sukan yang jitu.
Soal menang atau kalah bukanlah perkara yang menjadi tumpuan tetapi cuba kita selongkar kebaikan yang diperoleh daripada penyertaan sukan berkenaan.
Tetapi mungkin ada yang kurang bersetuju kerana ada pendapat yang mengatakan bahawa kemenangan adalah menjadi keutamaan dan penentu kejayaan sesuatu acara sukan.
Bagaimanapun kita juga tidak dapat lari daripada pendapat yang mengatakan bahawa biarlah kalah dalam pertandingan asalkan kita menang dalam pembangunan politik, ekonomi dan sosial.
Soalan
Penganjuran sukan merupakan suatu peluang yang diharap-harapkan oleh sesebuah negara termasuk negara kita. Banyak negara bersaing untuk mendapatkan hak tersebut lantaran manfaat yang boleh dijangkakan. Bincangkan penyataan ini.

DASAR HARTA INTELEK NEGARA

DASAR HARTA INTELEK NEGARA

1. KENYATAAN DASAR
1.1 Tujuan utama Dasar Harta Intelek Negara (DHIN) adalah untuk memanfaatkan harta intelek (HI)sebagai enjin pertumbuhan yang baru untuk meningkatkan kemakmuran ekonomi dan sosial.
1.2 DHIN memberi fokus kepada memaksimumkan sumbangan HI dalam mempercepatkan pembangunan sosio-ekonomi dan teknologi dengan cara mewujudkan suasana yang menggalakkan penghasilan berterusan HI, menyediakan sistem perlindungan HI berpiawaian tinggi, memajukan pengeksploitan HI berpontensi komersil, memupuk pembangunan industri-industri sokongan dan membangunkan keupayaan sumbermanusia untuk melaksanakan dasar denganjayanya.
1.3 Pentingnya HI untuk pertumbuhan ekonomi telah lama disedari. Dalam ekonomi semasa yang berasaskan pengetahuan, HI adalah aset ekonomi berharga dan juga alat perniagaan kritikal yang boleh memberi daya saingan. Mungurus dan memanfaatkan HI secara strategik adalah cara untuk meningkatkan daya saingan jangka panjang negara dalam ekonomi pengetahuan.
2. RASIONAL DHIN
2.1 DHIN diperlukan sebagai panduan utama dalam menggubal undang-undang berkaitan dengan HI bagi melaksanakan semua aktiviti berkaitan dengan HI oleh agensi-agensi kerajaan,institusi-institusi penyelidikan, institusi-institusi pengajian tinggi, organisasi-organisasi bukan kerajaan dan sektor swasta dengan tujuan untuk memajukan penggunaan HI untuk pembangunan sosio-ekonomi dan teknologi. DHIN juga wajar digunakan sebagai panduan dalam penggubalan mana-mana dasar ekonomi atau sosial negara.
2.2 Dasar ini juga diperlukan untuk memudahkan pembentukan suasana yang menggiatkan dan memupuk ciptaan, perlindungan, penguatkuasaan,pengurusan dan pengeksploitan maksimum HI bertujuan pada akhirnya untuk membangunkan industri HI yang cergas sebagai pendorong pertumbuhan masa depan negara. Tujuannya ialah untuk menempatkan DHIN sebagai komponen penting dan bersepadu dasar ekonomi negara untuk meningkatkan daya saingan Malaysia.
2.3 Dasar ini juga perlu untuk memaju dan menanamkan budaya HI di kalangan masyarakat perniagaan dan juga orang awam. Tujuannya ialah untuk mewujudkan masyarakat yang menghargai HI sebagai aset ekonomi berharga serta menghormati hak-hak pemilik HI.
2.4 Dasar juga perlu untuk menyokong salah satu daripada objektif Akta Jaminan (Bill of Guarantees)Koridor Raya Multimedia (MSC) – untuk “menjadipemimpin rantau dalam perlindungan HI dan undang-undang siber.”, Dasar Bioteknologi Kebangsaan, Dasar Kepelbagaian Biodiversiti dan lain-lain dasar yang berkaitan dengan HI.
3. OBJEKTIF DHIN
3.1 Tahap Sistem Perlindungan HI Yang Terbaik
Membangunkan sistem perlindungan HI yangcekap dan berkesan untuk memastikan perolehan perlindungan dan hak-hak yang cepat dan mudah serta mekanisma penguatkuasaan yang cekap dan praktikal untuk menyediakan pembetulan dan penyelesaian pelanggaran-pelanggaran hak-hak HI dan juga untuk mencegah berlakunya pelanggaran.Dalam dunia hari ini di mana teknologi pesat berubah, perlindungan HI yang cepat dan mudah memberi pemilik kelebihan saingan yang lebih baik dan masa yang lebih panjang untuk mengeksploit HI yang dicipta dan memperolehi pulangan daripada daya usaha dan pelaburan mereka.Pemilik oleh itu digalak untuk membangunkan lagi HI dan mencipta yang baru. Daripada perspektif undang-undang, semua undang-undang dan peraturan-peraturan HI perlu memenuhi keperluan tempatan dan menunaikan piawaian yang ditetapkan oleh perjanjian dan konvensyen antarabangsa yang Malaysia sertai.
3.2 Memajukan Aktiviti-aktiviti Penghasilan HI
Memajukan aktiviti-aktiviti penghasilan HI dengan memberi fokus kepada pengurusan inovasi dan penyelidikan dan pembangunan yang lebih efektif di kalangan institusi-institusi penyelidikan,universiti-universiti, industri kecil dan sederhana(IKS) dan individu-individu dan juga dengan perolehan HI asing dalam bidang keutamaan tertentu. Untuk memajukan aktiviti-aktiviti penghasilan HI ini perlu diwujudkan suasana menggalakkan, suasana yang menyediakan insentif-insentif, geran-geran, pengurusan,kewangan, urusniaga, penguatkuasaan dan penyelesaian pertikaian.
3.3 Memajukan Pengeksploitan Komersil HI
Memajukan pengeksploitan komersil HI sebagai aktiviti utama penghasilan nilai yang diperlukan untuk pembangunan industri HI. Tujuan muktamad adalah untuk membangunkan industri HI yang giat dan penting bagi menjana pertumbuhan ekonomi Malaysia pada milenium baru ini.
3.4 Membangunkan Kemampuan Mengurus HI
Membangunkan kemampuan pengurusan HI yang mahir di sektor awam dan swasta, untuk meliputi keseluruhan rangkaian aktiviti-aktiviti HI daripada peringkat ciptaan kepada perlindungan,pengeksploitan, penilaian, pelesenan, perolehan,penguatkuasaan dan penyelesaian pertikaian.Kemampuan mengurus adalah amat penting kepada industri HI yang matang dan sofistikated.
3.5 Pembangunan Infrastruktur Urusniaga HI
Industri HI yang giat memerlukan pengwujudan industri sokongan yang sangat maju terutamanya dalam bidang urusan bank dan kewangan. Oleh ituperlu dikaji infrastruktur perniagaan, urusan bank dan kewangan berkaitan dengan urusniaga berdasarkan HI semasa dan masa depan,terutamanya perdagangan, pelesenan,pencagaran dan pensekuritian.
3.6 Perlindungan Kepentingan HI Negara
Menentukan kepentingan HI Malaysia dikawal diperingkat antarabangsa dengan memantau perkembangan HI di arena antarabangsa dan menyertai secara aktif dalam forum-forum antarabangsa yang membincang peningkatan perlindungan HI, isu-isu baru muncul dan cabaran-cabaran baru yang disebabkan oleh kemajuan pesat teknologi.
3.7 Pembangunan Sumber Manusia dan Kesedaran Awam
Memajukan pembangunan sumber manusia dengan tujuan membentuk sekumpulan pakar-pakar yang besar untuk pengurusan HI di semua peringkat rangkaian aktiviti-aktiviti HI, untuk urusniaga HI dan untuk pengeksploitan komersilHI. Adalah juga perlu untuk meningkatkan tahap kesedaran awam berkaitan dengan tujuan mengadakan sistem perlindungan HI, peranan penting HI dalam pembangunan sosio-ekonomi dan teknologi negara dan perlunya hak-hak eksklusif pemilik HI yang diberi oleh undang-undang diiktiraf dan dihormati. Pembangunan sumber manusia dan kesedaran awam boleh menyumbang kepada pengurangan pelanggaran hak dan menanam budaya HI.
3.8 Memajukan Pelaburan dan Pemindahan Teknologi Asing
Menggalakkan lebih banyak pelaburan dan pemindahan teknologi asing dengan member jaminan piawaian perlindungan HI tertinggi yang boleh meyakinkan pelabur-pelabur akan perlindungan HI yang dibawa ke Malaysia, peluang untuk memperolehi pulangan daripada pelaburan mereka dan adanya saluran-saluran perundangan untuk mendapat pembetulan dan penyelesaian kes-kes pelanggaran. Dengan adanya teknolog iasing, pemindahan teknologi yang diperlukan dapat digalakkan melalui perolehan, pelesenan,francais, dan lain-lain.
4. MATLAMAT DHIN
4.1 Peningkatan Kemakmuran Ekonomi dan Sosial
Matlamat utama DHIN adalah untuk meningkatkan kemakmuran ekonomi dan sosial masyarakat dengan mempergunakan HI sebagai enjin pertumbuhan ekonomi yang baru dengan cara memperluaskan kapasiti Malaysia untuk meningkatkan penghasilan, melindung dan menguatkuasakan dengan efektif, mengurus dengan baik dan memaksimumkan pengeksploitan komersil HI.
4.2 Memperkukuhkan Daya Saing Negara
Mengukuhkan daya saingan jangka panjang negara dengan cara membangunkan industri HI sebagai industri matang dan termaju yang menghasil, mengurus dan memperdagangkan HI.
4.3 Malaysia Sebagai Hab HI Terkemuka
Membangunkan Malaysia sebagai hab HI terkemuka di mana penghasilan nilai ekonomi daripada aktiviti-aktiviti perniagaan beasaskan HI memperkukuhkan keseluruhan prestasi ekonomi Malaysia. Dengan industri HI yang matang dan termaju Malaysia boleh menjadi pengeksport HI.
4.4 Penubuhan Budaya HI
Memaju dan menanamkan budaya HI di kalangan masyarakat perniagaan dan industri serta orang awam. HI perlu diterima sebagai aset penting dan berharga dalam pembangunan sosio-ekonomi negara dan sebagai pemangkin kepada kemajuan pengetahuan dan teknologi yang menentukan daya saingan jangka panjang negara. Sebagai aset berharga, HI perlu diurus secara efektif untuk menentukan ianya dilindungi, diperbangunkan selanjutnya dan potensi ekonominya dieksploitasi ke tahap maksima.
5. STRATEGI Strategi-strategi utama berikut boleh dilaksanakan bagi tujuan mencapai objektif-objektif yang telah ditetapkan:
5.1 Tahap Sistem Perlindungan HI Yang Terbaik Pembangunan sistem perlindungan HI yang cekap dan berkesan memerlukan strategi-strategi berikut:
i) Memperkukuhkan pentadbiran HI Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) untuk menghadapi peningkatan tahunan permohonan pendaftaran dan keperluan pelanggan dan juga untuk menyediakan prosidur-prosidur permohonan yang mudah dan pendaftaran yang segera, garis panduan pendaftaran yang jelas, kemudahan carian awam yang berkualiti dan sistem penyebaran maklumat yang berkesan.
ii) Sentiasa mengemaskini undang-undang dan peraturan-peraturan untuk selaras dengan perkembangan antarabangsa, cabaran-cabaran baru dan isu-isu baru.
iii) Membina keupayaan untuk mewujudkan sekumpulan sumber manusia yang besar danmahir dalam pendaftaran dan penguatkuasaan HI.
iv) Mengukuhkan agensi-agensi penguatkuasaan Kerajaan yang menguatkuasakan pelanggaran Akta Perihalan Dagangan 1972,Akta Cakera Optik 2000, Akta Hakcipta 1987,Akta Paten 1983, Akta Hakcipta 1987, AktaReka Bentuk Perindustrian 1996,
Akta Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000 danAkta Petunjuk Geografi 2000.
v) Menubuhkan Mahkamah HI untuk mempercepatkan pendengaran kes-kes berkaitan dengan HI serta system penyelesaian pertikaian alternatif.
5.2 Memajukan Aktiviti-aktiviti Penghasilan HI Memajukan aktiviti-aktiviti penghasilan HImemerlukan strategi -strategi berikut:
i) Tahap sistem perlindungan HI terbaik yang menjamin perolehan perlindungan dan hak-hak yang segera dan mudah dan membolehkan pemilik mendapat kelebihan daya saingan yang lebih baik dan memperolehi pulangan daripada daya usahadan pelaburan mereka.
ii) Pusat Sumber MyIPO yang pro-aktif untuk menyedia dan menggalakkan penggunaan oleh industri-industri dan individu-individu terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan data paten dan reka bentuk yang berharga dan mengandungi maklumat mengenai rekacipta terbaru atau teknologi terkini dalam dunia serta tren dunia dalam bidang teknologi tertentu.
iii) Mewujudkan suasana menggalakkan yang menyediakan insentif-insentif, geran-geran, kewangan, pengurusan, urusniaga,penguatkuasaan dan penyelesaian pertikaian.
iv) Memperbesarkan tabung HI nasional dengan memajukan dan memberi fokus kepada penciptaan dalam Malaysia.
v) Memperolehi HI asing dalam bidang priority tertentu dan juga menggalakkan usaha-usaha niaga (ventures) asing yang intensif dalam HI supaya membawa HI mereka ke Malaysia.
vi) Memupuk kerjasama dan perkongsian bijak antara sektor kerajaan dan sektor swasta danantara institusi-institusi penyelidikan dan industri-industri.
vii) Memajukan penyebaran hasil penyelidikandan pembangunan.
5.3 Memajukan Pengeksploitan Komersil HI Memajukan pengeksploitan komersil HImemerlukan strategi – strategi berikut:
i) Mengambil kesempatan tabung HI sedia ada dan memperolehi nilai komersil yang lebih tinggi.
ii) Mengenal pasti pencipta-pencipta HI di Malaysia dan memupuk kemajuan mereka supaya perolehan nilai HI dimaksimumkan. iii) Menyokong IKS, syarikat-syarikat usaha niaga dan individu-individu terlibat dalam pengeksploitan komersil HI.
iii) Mempergiatkan aktiviti-aktiviti keusahawanan dengan memberi fokus kepada pengeksploitan HI yang berdaya majukomersil.
iv) Mewujudkan suasana perniagaan bagi menggalakkan perusahaan-perusahaan tempatan dan asing menempatkan keseluruhan, jika tidak sebahagian besar daripada rangkaian nilai HI mereka diMalaysia.
v) Memajukan kaedah-kaedah penilaian dan peraturan-peraturan-peraturan kontrak dan pelesenan yang sesuai untuk memudahkan pengeksploitan komersil HI. vi) Memajukan pelepasan hak-hak HI yang tidak dieksploitasi oleh kerajaan atau syarikat-syarikat besar kepada IKS dan individu-individu untuk pengeksploitan komersil melalui pelesenan atau serahhak.
5.4 Pembangunan Kemampuan Mengurus HI Memajukan pembangunan kemampuan mengurus memerlukan strategi-strategi berikut:
i) Membangunkan sekumpulan pakar-pakar mahir di semua peringkat rangkaian aktiviti-aktiviti HI.
ii) Menggalakkan sektor awam dan sector swasta supaya mengurus baik HI yang dimiliki dengan menyediakan garis panduan atau buku panduan yang jelas.
iii) Menggalakkan pemilik-pemilik HI seperti usaha-usaha niaga asing mengguna Malaysiasebagai hab HI.
iv) Mengulangkaji undang-undang dan peraturan-peraturan sedia ada dan juga amalan-amalan perniagaan supaya memperbaiki pengurusan dan pengeksploitan HI di sektor awam dan sektor swasta.
5.5 Pembangunan Infrastruktur Urusniaga HI Membangunkan infrastruktur urusniaga HI memerlukan strategi-strategi berikut:
i) Mengulangkaji undang-undang dan peraturan-peraturan sedia ada berkaitan dengan undang-undang syarikat, peraturan sekuriti dan undang-undang urusan bank dan kewangan secara am untuk menjamin infrastruktur perniagaan, urusan bank dan kewangan boleh memudahkan urusniaga beasaskan HI.
ii) Menggalakkan sektor urusan bank dan kewangan membangunkan surat-cara urusan bank dan kewangan berasaskan HI bagitujuan pencagaran dan pensekuritian aset HI.
iii) Mewujudkan Bursa HI bagi menggiatkan perdagangan HI dan untuk membangun pasaran lebih cair untuk perdagangan HI.
iv) Mengulangkaji undang-undang dan amalan pernigaan sedia wujud dengan tujuan meningkatkan suasana perniagaan untuk membiayai pelaburan-pelaburan berasaskan HI termasuk penubuhan badan pembiayaan HI yang khusus.
5.6 Perlindungan Kepentingan HI Negara
Melindung kepentingan HI Malaysia memerlukan strategi-strategi berikut:
i) Memantau pembangunan dan kemajuan HI diperingkat antarabangsa.
ii) Menyertai secara aktif forum-forum antarabangsa yang membincang peningkatan perlindungan HI, isu-isu baru muncul dan cabaran akibat kemajuan teknologi.
iii) Membentuk pendirian nasional mengenai isu-isu penting setelah berbincang dengan agensi-agensi dan organisasi-organisasi berkenaan di sektor awam dan sektor swasta.
5.7 Pembangunan Sumber Manusia dan Kesedaran Awam
Memajukan pembangunan sumber manusia dan kesedaran awam mengenai HI memerlukan strategi-strategi berikut:
i) Penubuhan Institut HI Negara untuk menyediakan program latihan HI yang khusus seperti perolehan hak-hak, penguatkuasaan,penyelesaian pertikaian, pengurusan,penilaian dan pelesenan dan juga kesedaran am.
ii) Memperkenalkan mata pelajaran HI dalam sistem pendidikan formal di sekolah-sekolah rendah dan menengah dan institusi-institusi pengajian tinggi.
iii) Mengendalikan program kesedaran awam secara berterusan dan tetap yang member fokus kepada kumpulan-kumpulan sasaran khusus dan juga orang awam amnya.
iv) Menyebarkan maklumat mengenai HI melalui media massa, penerbitan, dll.
v) Mengadakan seminar-seminar, bengkel-bengkel, ceramah-ceramah, wawancara-wawancara dan kempen-kempen awam. vi) Menyertai pameran-pameran yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna atau lain-lain agensi awam dan swasta.
5.8 Memajukan Pelaburan dan Pemindahan Teknologi Asing Memajukan pelaburan dan pemindahan teknologi asing memerlukan strategi-strategi berikut:
i) Tahap sistem perlindungan HI terbaik yang menjamin perlindungan hak-hak HI,memastikan pelabur-pelabur berpeluan memperolehi pulangan daripada pelaburan
ii) mereka dan menyediakan saluran undang-undang untuk mendapat pembetulan dan penyelesaian pelanggaran.
iii) Memudahkan industri tempatan memperolehi HI asing yang diperlukan melalui pelesenan,francais dan lain-lain.
6. PENUTUP
HI adalah aset strategik utama dan pengeksploitannya yang efektif adalah satu daripada kunci untuk meningkat kemakmuran ekonomi dan sosial Malaysia.Pelaksanaan DHIN yang berkesan dan berjaya adalahsatu daripada langkah kritikal untuk mendorong daya saing negara Malaysia dan untuk membolehkan Malaysia akhirnya menjadi negara maju.
Soalan
Pembangunan dan pengkomersialan harta intelek semakin penting dalam era globalisasi masa kini. Sumbangan harta intelek kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara adalah besar. Bincangkan kesan pembangunan aktiviti ini dan langkah-langkah yang sesuai dilaksanakan agar usaha ini mendatangkan kebaikan.
Skema 2+2
Jawapan
A. Kesan positif
1. Pertumbuhan ekonomi
2. Menggalakkan penciptaan
3. Meningkatkan imej Negara
4. Hubungan baik dalam perniagaan
B. Langkah Mengatasi
1. Dasar Kerajaan (Dasar Harta Intelek Negara)
2. Penguatkuasaan Undang-Undang
3. Pendidikan etika perniagaan sihat

MAHKAMAH SYARIAH

MAHKAMAH SYARIAH

ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 2004
BAHAGIAN II – MAHKAMAH SYARIAH
Penubuhan dan Bidang Kuasa
________________________________________
Seksyen 11. Bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah.
(1) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa di seluruh Negeri Sabah dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.
(2) Walau apapun subseksyen (1), Ketua Hakim Syar’ie Negeri boleh bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan mengetuai Mahkamah itu.
(3) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah-
(a) dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah 2004, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2004, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1995 atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang berkuat kuasa yang memberi Mahkamah Tinggi Syariah bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan, dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukkan di dalamnya; dan
(b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubungan dengan -
(i) pertunangan, perkahwinan, ruju’, perceraian, pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan perhubungan antara suami isteri;
(ii) apa-apa pelupusan atau tuntutan harta yang berbangkit daripada mana-mana perkara yang dinyatakan dalam subperenggan (i);
(iii) nafkah orang-orang tanggungan, kesahtarafan, atau penjagaan atau jagaan (hadhanah) kanak-kanak;
(iv) pembahagian atau tuntutan harta sepencarian;
(v) wasiat atau alang semasa marad-al-maut seseorang si mati yang beragama Islam;
(vi) alang semasa hidup (hibbah), atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan yang memadai dengan wang atau nilaian wang oleh seseorang orang Islam;
(vii) wakaf atau nazr dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya;
(viii) pembahagian dan pewarisan harta berwasiat atau tak berwasiat atau Pelantikan Wasi dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya;
(ix) penentuan orang-orang yang berhak kepada bahagian harta pusaka seseorang si mati yang beragama Islam atau bahagian-bahagian yang kepadanya masing-masing orang itu berhak dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya;
(x) pengisytiharan bahawa seseorang yang telah mati itu ialah seorang Islam atau sebaliknya pada masa kematiannya;
(xi) pendaftaran dan pengambilan anak angkat dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya; dan
(xii) perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidang kuasa diberikan oleh mana-mana undang-undan
ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 2004
BAHAGIAN II – MAHKAMAH SYARIAH
Penubuhan dan Bidang Kuasa
________________________________________
Seksyen 12. Bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah.
(1) Sesuatu Mahkamah Rendah Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa di seluruh Bahagian atau Daerah di mana ia ditubuhkan dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah.
(2) Mahkamah Rendah Syariah hendaklah-
(a) dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam di bawah Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah 2004, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2004, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1995 atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang berkuat kuasa yang menetapkan hukuman maksimum yang diperuntukkan oleh Enakmen-Enakmen itu atau mana-mana undang-undang bertulis lain, tidak melebihi tiga ribu ringgit, atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman Yang diperuntukkan bagi kesalahan itu; dan
(b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi Syariah diberi kuasa untuk mendengar dan memutuskannya, jika amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau yang tidak dapat dianggarkan dengan wang (tidak termasuk tuntutan hadhanah atau harta sepencarian).
(3) Yang di-Pertua Negeri boleh, atas syor Ketua Hakim Syar’ie Negeri, dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah.

SISTEM MAHKAMAH

 SISTEM MAHKAMAH

MAHKAMAH-MAHKAMAH DI SEMENANJUNG MALAYSIA DAN KONSEP PELAKSANAAN KEADILAN
A. MAHKAMAH- MAHKAMAH
(a) Mahkamah Rendah
Akta Mahkamah Rendah 1948
Hakim Mahkamah Sesyen
- Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor Hakim Besar (seksyen 59 AMR).
- Kelayakan: Anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Persekutuan.
Majistret
(a) Majistret Kelas Pertama ex officio
- Orang-orang yang dinyatakan dalam Jadual Keempat AMR. Ini termasuklah:
Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penolong-Penolongnya.
Ketua Pendaftar, Timbalannya, Penolong Kanan Pendaftar,
Penolong Pendaftar dan Pendaftar Mahkamah Tinggi dan
Persekutuan.
Pegawai-Pegawai Daerah dan Penolongnya.
dll.
(Seksyen 77 AMR)
(b) Majistret Kelas Pertama
- orang-orang dari Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan yang dilantik, oleh Yang di-Pertuan Agong, atas syor Hakim Besar (bagi Wilayah Persekutuan), dan oleh Pihak Berkuasa Negeri, atas syor Hakim Besar (bagi Negeri-Negeri).
(Seksyen 78 dan 78A AMR)
(c) Majistret Kelas Kedua
- Bagi Wilayah Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik mana-mana orang yang layak dan sesuai.
– Bagi Negeri-Negeri, Pihak Berkuasa Negeri boleh lantik mana-mana orang yang layak dan sesuai
(Seksyen 79 AMR)
(b) Mahkamah Tinggi
A. KEANGGOTAAN
• Mahkamah Persekutuan
- Perkara 122 Perlembagaan
Ketua Hakim Negara
Presiden Mahkamah Rayuan
Dua Hakim Besar (Hakim Besar Malaya, dan
Hakim Besar Sabah & Sarawak)
Tujuh Hakim lain
Beberapa Hakim (dari Mahkamah Rayuan)
• Mahkamah Rayuan
- Perkara 122A Perlembagaan
Presiden Mahkamah Rayuan
Sepuluh Hakim (kecuali diperintahkan selainnya oleh
Yang di-Pertuan Agong)
• Mahkamah Tinggi
- Perkara 122AA Perlembagaan
Semenanjung Sabah & Sarawak
Seorang Hakim Besar Seorang Hakim Besar
Empat Puluh Tujuh Hakim Sepuluh Hakim
(kecuali selainnya diperintahkan oleh
Yang di-Pertuan Agong
B. PERLANTIKAN
- Perkara 122B Perlembagaan
Perdana Menteri (selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja) nasihatkan Yang di-Pertuan Agong, dan Yang di-Pertuan Agong lantik.
Ketua Hakim Negara
Presiden Mahkamah Rayuan
Hakim-Hakim lain
Bagi hakim-hakim selain Ketua Hakim Negara, Perdana Menteri perlu minta fikiran Ketua Hakim Negara.
Bagi lantikan Hakim Besar, Perdana Menteri juga perlu dapat pandangan kedua-dua Hakim Besar (dan bagi Sabah atau Sarawak, pandangan Ketua Menteri juga perlu diminta).
Bagi perlantikan hakim Mahkamah Persekutuan, Perdana Menteri perlu berunding dengan Ketua Hakim Negara
Bagi perlantikan Hakim Mahkamah Rayuan, Perdana Menteri perlu berunding dengan Presiden Mahkamah Rayuan.
C. KELAYAKAN HAKIM
- Perkara 123 Perlembagaan
Warganegara Malaysia
Pengalaman kerja sepuluh tahun sebagai peguam atau dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Persekutuan/Negeri.
D. TEMPOH MEMEGANG JAWATAN
- Perkara 125 Perlembagaan
Sehingga umur 65 tahun (atau disambung oleh Yang di-Pertuan Agong)
Boleh dipecat oleh Yang di-Pertuan Agong (atas rayuan Perdana Menteri atau Ketua Hakim Negara selepas berunding dengan Perdana Menteri) atas perlanggaran Kod Etika, tidak upaya (lemah tubuh/fikiran/lain-lain sebab).
Pemecatan hakim oleh Yang di-Pertuan Agong ialah melalui syor Tribunal yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
B. PELAKSANAAN KEADILAN
Rujukan:
• Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (AMK)
(Bagi Mahkamah-Mahkamah Tinggi
Mahkamah Rayuan
Mahkamah Persekutuan)
• Akta Mahkamah Rendah 1948 (AMR)
(Bagi Mahkamah-Mahkamah Sesyen
Mahkamah-Mahkamah Majistret
Mahkamah-Mahkamah Penghulu)
• Perlembagaan Persekutuan
• Akta Mahkamah Juvana
• Akta Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1955
Keahlian Untuk Perbicaraan Bidang Kuasa
(Sidang) (a) Sivil (b) Jenayah
MAHKAMAH TINGGI
Hakim seorang
(Seksyen 18 AMK)
Bidangkuasa operasi di dalam sesebuah negeri (termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan) (Seksyen 23 & 24 AMK)
• Semua hal sivil termasuk:
- undang-undang keluarga
- perkapalan
- kebangkrapan dan syarikat
- penjagaan kanak-kanak dan
hartanya
- penjagaan orang tak sempurna
akal dsb. dan hartanya
- probet dan pentadbiran pusaka
- hal-hal tanah
• Bidangkuasa rayuan sivil (s.27 & 28 AMK) (Seksyen 22 AMK)
• Semua kesalahan yang di- lakukan:
(i) dalam Negeri (Wilayah itu)
(ii) di laut lepas bagi kesalahan atas kapal/ kapalterbang berdaftar di Malaysia
(iii) oleh seseorang warga- negara/pemastautin di mana-mana kapal/
kapalterbang
(iv) oleh lanun
(v) kesalahan-kesalahan terhadap Negara (Bab VI Kanun Kesiksaan)
• Menjatuhkan apa-apa hukuman dibenarkan undang-undang
• Bidangkuasa rayuan
jenayah (S.26 AMK)
MAHKAMAH RAYUAN
(Seksyen 38 AMK)
Tiga hakim (atau lebih dengan bilangan ganjil) dengan ada seorang menjadi Ketua (biasanya Presiden Mahkamah Rayuan) (Seksyen 67 – 73 AMK)
• Semua rayuan kecuali:
- amaun/nilai perkara kurang
RM250,000 (kecuali
mahkamah benarkan)
- atas penghakiman dengan
persetujuan
- berkaitan penghakiman kos
- jika penghakiman/perintah
Mahkamah Tinggi itu dianggap
muktamad oleh mana-mana
undang-undang bertulis
(misalnya S.22(3) Akta
Timbangtara 1972) (Seksyen 50 – 63 AMK)
• Semua rayuan jenayah dari
Keputusan Mahkamah
Tinggi mengenai:
- persoalan fakta
- persoalan undang-undang
Keahlian Untuk Perbicaraan Bidang Kuasa
(Sidang) (a) Sivil (b) Jenayah
MAHKAMAH PERSEKUTUAN
• Semua bidang kuasa asal di bawah Perkara 128 Perlembagaan (& s.81 – 85 AMK), iaitu:
- memutuskan persoalan sama ada undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri sah atau tidak
- memutuskan pertikaian antara Negeri-negeri atau antara Negeri dengan Persekutuan
- mentafsir peruntukan Perlembagaan
• Bidang kuasa Nasihat mengenai peruntukan Perlembagaan kepada Yang di-Pertuan Agong (Perkara 130 Perlembagaan)
• Semua rayuan daripada keputusan Mahkamah Rayuan (seksyen 96-102 AMK untuk sivil, dan seksyen 86-95 AMK untuk jenayah)
MAHKAMAH SESYEN
Hakim Mahkamah Sesyen
Seorang • Bidangkuasa tidak terhad semua tindakan/guaman kemalangan kenderaan, tuan-rumah dan penyewa, dan distres.
• Semua tindakan/guaman sivil yang amaun pertikaian tidak lebih RM250,000 (atau lebih jika kedua-dua pihak bersetuju secara bertulis)
(Seksyen 65 AMR)
kecuali dalam hal-hal berikut:
- berhubung harta tak alih
(kecuali untuk dapat balek &
hakmilik)
- dengan persetujuan
(Seksyen 70 & 71 AMR)
- pelaksanaan spesifik/
pembatalan kontrak
- injunksi
- pembatalan/pembetulan surat-
cara
- dekri penetapan
- pemberian/pembatalan pem-
berian perwakilan harta
pusaka/pentadbiran • Semua kesalahan yang lain daripada kesalahan yang boleh dihukum mati.
(Seksyen 63 AMR)
• Menghukum semua jenis hukuman kecuali hukuman mati.
Keahlian Untuk Perbicaraan Bidang Kuasa
(Sidang) (a) Sivil (b) Jenayah
- persoalan kesahtarafan
- persoalan penjagaan kanak-
kanak (kecuali ada undang-
undang lain benarkan)
- pengesahan/pembubaran per-
kahwinan (kecuali ada
undang-undang lain benarkan)
MAHKAMAH MAJISTRET
Majistret Kelas Pertama
Seorang Majistret • Apa-apa tindakan/guaman di mana amaun pertikaian/nilai hal itu tidak lebih RM25,000.
Rayuan dari Mahkamah Penghulu. • Semua kesalahan yang tempoh penjara maksimum yang dinyatakan dalam undang-undang, tidak lebih 10 tahun penjara atau dengan denda.
• Kesalahan-kesalahan di
bawah seksyen 392 dan 457 Kanun Kesiksaan (rompakan dan pecah-
rumah malam).
• Mendengar rayuan
keputusan Mahkamah
Penghulu.
• Boleh menghukum tidak lebih:
- 5 tahun penjara
- denda RM10,000
- sebat 12 kali
(atau gabungan hukuman-hukuman itu)
- apa-apa hukuman yang
undang-undang lain
benarkan)
Keahlian Untuk Perbicaraan Bidang Kuasa
(Sidang) (a) Sivil (b) Jenayah
Majistret Kelas Kedua
• Boleh mendengar kes-kes guaman/tindakan menuntut hutang tidak lebih RM3,000 (dengan atau tanpa bunga). • Membicarakan kesalahan- kesalahan di mana tempoh penjara tidak lebih 12 bulan atau denda.
• Boleh menghukum tidak lebih:
- 6 bulan penjara
- denda tidak lebih RM1,000
- sebat 12 kali
(atau gabungan hukuman-hukuman itu)
MAHKAMAH PENGHULU (Semenanjung)
(untuk orang terlibat berbangsa Asia)
Seorang Majistret • Boleh mendengar kes tuntutan hutang tidak lebih RM55,000 (dengan/tanpa bunga). • Bagi kesalahan-kesalahan kecil dalam senarai kuasanya, dan denda sehingga RM25.

PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI

 PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI

Diperingkat sekunder sistem pemerintahan di Malaysia, kerajaan negeri memainkan peranan yang penting bagi melaksanakan jentera pentadbiran yang cekap dan berkesan. Terdapat sedikit perbezaan pada struktur dan jentera kerajaan negeri di Sabah dan Sarawak berbanding dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.
Mahkamah Tinggi Tanah Melayu dan Borneo Semua kes melibatkan hukuman mati dan yang melebihi kuasa mahkamah-mahkamah yang lebih rendah
Mahkamah Sesyen Semua kes yang tidak melibatkan hukuman mati (kes awam) atau denda diantara RM25000 hingga RM100000
Mahkamah Majistret Semua kes yang tidak melebihi hukuman lima tahun penjara atau denda RM10000 (kes awam RM 25000)
Mahkamah Juvenil Kes-kes yang melibatkan pesalah remaja yang berumur 18 tahun
Mahkamah Penghulu Kes-kes sivil yang nilainya tidak melebihi RM 50 dan kes-kes jenayah yang dendanya tidak melebihi RM 25
Mahkamah Adat Negeri Kes-kes daripada kesalahan melanggar undang-undang adat
Mahkamah Syariah Membicarakan kes-kes yang nelibatkan orang Islam seperti penceraian, penjagaan anak, hak, waris, derma, zakat dan fitrah
Bidang Kuasa Mahkamah-Mahkamah di Malaysia
Dalam jentera pentadbiran negeri, Raja/Sultan atau Yang di Pertuan Negeri merupakan institusi yang penting dan boleh bertindak mengikut budibicara baginda dalam menjalankan tugas yang diantaranya adalah :
i) melantik seorang Menteri Besar
ii) tidak mempersetujui permintaan membubarkan Dewan Negeri
iii) melaksanakan tugas sebagai Ketua Agama Islam dan adat istiadat orang-orang Melayu
iv) meminta diadakan satu mesyuarat Majlis Raja-Raja tentang keistimewaan atau tentang hal ehwal agama Islam
v) melantik waris Permaisuri, Pemangku Raja atau jemaah Pemangku Raja
vi) melantik penerima pingat, gelaran, kemuliaan dan kebesaran
vii) membuat peraturan mengenai balai-balai diraja dan istana
Tindakan Raja/Sultan atau Yang di Pertua negeri adalah diatas nasihat Menteri Besar atau Ketua Menteri atau diperuntukkan Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Negeri. Walaupun kuasa esekutif terletak pada Raja atau YDP Negeri tetapi kuasa eksekutif pelaksanaan terletak pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO). DI Sarawak, badan EXCO dipanggil Majlis Tertinggi dan di Sabah di panggil Kabinet.
Bidang kuasa pemerintahan kerajaan negeri adalah tertakluk pada Perkara 73 Perlembagaan dimana kerajaan negeri mempunyai kuasa-kuasa meliputi adat isitiadat, hal ehwal agama, tanah pertanian, kerajaan tempatan, kerja-kerja air, jentera pentadbiran, Kerajaan Negeri, kelepasan ama negeri dan sebagainya.
Dewan Undangan Negeri juga mempunyai kuasa bersama denagn Parlimen dalam membuat undang-undang termasuk Senarai Bersama, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Mengikut Perkara 77 Perlembagaan Persekutuan, segala kuasa yang disebut dalam Senarai I dan II Jadual Kesembilan dipanggil kuasa baki perundangan di mana terserah kepada Dewan-Dewan Undangan Negeri dan bukan Parlimen.
Senarai Bidang Kuasa Persekutuan Senarai Bidang Kuasa Negeri
Hal Ehwal Luar Negeri
Pertahanan
Keselamatan Dalam Negeri
Undang-Undang Sivil dan Jenayah
Pentadbiran keadilan
Kewarganegaraan
Jentera Kerajaan
Kewangan
Perdagangan dan Perusahaan
Perkapalan dan Pengangkutan
Kuasa dan Tenaga
Pelajaran
Perubatan dan Kesihatan
Buruh dan Keselamatan Sosial
Kebajikan Orang Asli
Pekerjaan Profesional
Hari kelepasan
Pertubuhan Tidak di perbadankan
Kawalan musuh tanaman
Suratkhabar
Penapisan
Perumahan dan Kerajaan Persekutuan
Syarikat kerjasama
Kebakaran Hukum syarak
Tanah
Pertanian
Perhutanan
Kerajaan tempatan
Kerja Negeri dan Air
Kerajaan Negeri
Hari kelepasan negeri
Tanggungan rugi
Penyu
Menangkap Ikan
Senarai Bersama
Kebajikan Masyarakat
Biasiswa
Binatang-Binatang
Ternakan
Kesihatan Awam
Pengairan dan Pemaritan
Tanah Lombong
Kutu rayau
Kerajaan Tempatan
System kerajaan tempatan ni diambil dari British. Pada asalnya perkembangan system ini bermula di Negeri-Negeri selat dan berkembang ke Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Unit-Unit Kerajaan Tempatan ini dipertanggungjawabkan dengan tugas mengawas keselamatan awam, mengutip hasil dan melakukan kerja-kerja kejuruteraan dan hanya berkuasa dikawasan Bandar sahaja. Proses ini kemudiannya berkembang dikawasan luar Bandar.
Pada tahun 1973, penyusunan semula kerajaan tempatan telah dijalankan menerusi Akta Kerajaan Tempatan (Peruntukan Bersama). Akta ini diganti oleh Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang mengurangkan kuasa Penguasa Tempatan kepada 2 jenis sahaja iaitu
i) Majlis Perbandaran atau
ii) Majlis Daerah
Kerajaan negeri mempunyai hak eksekutif ke atas Kerajaan Tempatan dimana kuasa-kuasa negeri termasuklah :-
i) melantik ahli majlis, Datuk Bandar atau Yang Di Pertua Penguasa Tempatan
ii) meluluskan belanjawan penguasa tempatan
iii) mengesahan undang-undang kecil
iv) menerima atau tidak segala akta kerajaan tempatan yang digubal oleh Parlimen samada secara penuh atau sebahagian
v) mengawal peubahan sempadan, kemasukan kawasan baru dan pengiktirafan status perbandaran
vi) meluluskan perjawatan penguasa tempatan
vii) mempunyai budibicara untuk memecat ketua jabatan sesebuah penguasa tempatan atau timbalannya
viii) melambatkan kelulusan untuk membuat penilaian semula perkadaran bagi penguasa tempatan
Artikel 95A Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan penubuhan satu badan perundangan yang panggil Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan yang fungsinya menggubal dasar-dasar negara dalam kerajaan tempatan. Badan ini akan bertindak bersama secara rundingan dengan kerajaan negeri dan kerajaan pusat dalam menentukan dasar-dasar tersebut
Undang-Undang Di Peringkat Penguasa Tempatan
Akta Kerajaan Tempatan 1976
Akta Perancang Bandar dan Desa 1976
Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1975
Undang-Undang Kecil Jalan Persendirian
Undang-Undang Kecil Parit , Kebersihan dan Sanitary Plumbing
Undang-Undang Kecil Kerja Tanah
Penguasa Tempatan juga berupaya menggubal undang-undang kecil melalui majlisnya bagi menjalankan fungsinya. Di Malaysia terdapat dua jenis majlis iaitu :
i) Majlis Penasihat
ii) Majlis berwibawa penuh dengan kuasa-kuasanya
Majlis biasanya bermesyuarat sebulan sekali dan dianggotai oleh
i) ahli-ahli majlis yang dilanik diantara lapan hingga 24 orang
ii) Yang Di Pertua
iii) Setiausaha
Bidangkuasa dan Fungsi Penguasa Tempatan
Akya Kerajaan Tempatan 1976 menggariskan beberapa aktiviti yang boleh dijalankan oleh penguasa tempatan. Fungsi mandatory adalah seperti mengangkut sampah dan menguruskan lampu jalan serta aktiviti yang berkaitan dengan keselamatan awam. Fungsi berbentuk budibicara termasuklah kemudahan riadah, perumahan dan aktiviti penggalakkan perniagaan. Di Malaysia . terdapat empat jenis fungsi yang biasa dijalankan iaitu :-
i) Perundangan – kawalan keatas kesihatan, keselamatan dan perancangan
ii) Alam Sekitar – memwujudkan system ekologi yangs eimbang seperti perancangan tanah yang optimum dan lanskap
iii) Rekreasi – mengadakan kemudahan sosial yang sesuai
iv) Perdagangan – akvtiviti yang mendatangkan hasil kepada penguasa tempatan srta memesatkan ekonomi setempat
v) Pelancongan – mengadakan lebih banyak kawasan pelancongan
WILAYAH PERSEKUTUAN
Wilayah Persekutuan adalah sebuah kawasan atau wilayah yang memerlukan kehadiran kerajaan Persekutuan diman wilayah berkenaan ditadbirkan dibawah Kerajaan Persekutuan seperti Kuala Lumpur (1974) dan Labuan (1984) serta Putrajaya ( ). Wilayah-wilayah ini diletakkan dibawah Jabatan Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menetri dibawah menteri yang sama. Wilayah Persekutuan mendapat penyelenggaraan Kerajaan Pusat bagi mempercepatkan proses pembangunan dan intergrasi nasional. Ia juga mendapat jaminan kerajaan pusat bagi mengawal keselamatan negara serta penyelenggaraan perdagangan, kewangan, perindustrian dan perniagaan tukar barang.

PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

PARLIMEN
Parlimen terdiri dari Dewan Rakyat dan Dewan Negara
Sebagai satu badan perundangan, Parlimen terdiri dari Yang Di Pertuan Agong, Dewan Rakyat (dianggotai oleh ahli-ahli yang dipilih melalui pilihanraya), dan Dewan Negara (dianggotai oleh ahli-ahli Dewan Negeri dan ahli-ahli yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong)
Tempoh Parlimen hanya kekal selama lima tahun dan dipanggil, ditangguh dan dibubarkan oleh Yang Di Pertuan Agong
Parlimen Malaysia terdiri daripada dua buah dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Tugas utama Dewan Rakyat adalah untuk meluluskan undang-undang, menetukan belanjawan negara dan mengawasi perjalanan pentadbiran kerajaan.
DEWAN NEGARA
Tugas utama ialah membahaskan sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan juga bagi membincangkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum. Menurut Perkara 68 Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak undang-undang tetapi mempunyai kuasa menangguh sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum dikemukakan kepada Yang Di Pertuan Agong untuk diperkenankan, contohnya Rang Undang-Undang Kewangan. Tempoh penangguhan oleh Dewan Negara ialah 30 hari, bagi rang undang-undang yang lain tempohnya ialah setahun.
Menurut Perkara 45 Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara mempunyai 69 orang anggota yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong daripada kalangan rakyat yang berjaya di dalam ikhtisas dan juga wakil kaum minoriti seperti wakil orang asli.
Dalam perlantikan tersebut Yang Di Pertuan Agong akan mengikut nasihat Perdana Menteri. Manakala 29 orang anggota yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri daripada 13 buah negeri, 2 orang daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang wakil daripada Wilayah Persekutuan Labuan. Seseorang yang dilantik sebagai Ahli Dewan Negara hendaklah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun dan tempoh perkhidmatan mereka ialah selama 3 tahun.
STRUKTUR ORGANISASI
Sistem dan struktur organisasi Kerajaan Malaysia mengandungi tiga (3) komponen utama iaitu :-
a) Badan Perundangan (Legislative)
b) Badan Pemerintah (Executive)
c) Badan Kehakiman (Judicirial)
Yang Di Pertuan Agong
Badan Eksekutif Badan Perundangan Badan Kehakiman
(memberi dan melaksana arahan) [menggubal undang-undang] [mengawal keadilan]
Yang Di Pertuan Agong sebagai Ketua Utama negara mengetuai tiga badan kerajaan. Pemerintahan kuasa kerajaan kepada tiga badan utama dilakukan supaya pemumpuan kausa tidak berlaku kepada mana-mana pihak. nilah yang dimaksudkan “Doktrin Pemisahan Kuasa” . idea ini dicetuskan oleh Motesquieu,ahli falsafah politik dan undang-undang Perancis dalam abad 18. Doktrin Pemisahan Kuasa ini berujuan supaya kuasa negara tidak dimiliki secara mutlak oleh sesuatu pihak dan mudah pula diselewengkan.
Yang Di Pertuan Agong Parlimen
Perundangan
Speaker
Eksekutif Kabinet
Perdana Menteri
Badan Perundangan (Legislative) hanya membuat undang-undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa ini kepada sesiapa pun dan tidak boleh mempunyai kuasa yang lain. Badan ini dikenali sebagai Parlimen Malaysia dan mengandungi tiga elemen utama iaitu Yang Di Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Segala undang-undang yang dibawa ke Parlimen hendaklah dan mestilah diluluskan oleh ketiga-tiga elemen tersebut. Dal hal ini, Yang Di Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memanggil, memberhentikan ataupun membubarkan Parlimen diatas nasihat Jemaah Menteri. Namun begitu, Yang Di Pertuan Agong tidak perlu menghadiri sidang Parlimen kecuali bertitah semasa pembukaan rasmi penggal Parlimen.
Perundangan adalah merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan khas yang bertanggungjwab dari segi perlembagaan. Fungsi utama perundangan adalah untuk menggubal, meminda atau membatalkan undang-undang. Kuasa perundangan ini telah ditetapkan oleh Perelmbagaan Persekutuan Malaysia. Penggubalan undang-undang alam bentuk perundangan dijalankan oleh Parlimen Malaysia bagi peringkat persekutuan dan Dewan Undangan Negeri bagi peringkat negeri. Badan perundangan Persekutuan dan Negeri adalah tidak tertinggi, mereka hanya menggubal undang-undang dalam sempadan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri, yang membuat undang-undang adalah Parlimen Malaysia. Undang-undang sebelum Hari Kemerdekaan terus berkuatkuasa di negara ini sehingga pindaan atau pembatalan terhadanya dibuat oleh badan-badan berkuasa tertentu. Sehingga kini sudah banyak pindaan dan pembatalan telah dibuat
Dewan Negara adalah Majlis tertinggi atau dikenali dengan nama “Senate”. Dewan Negara akan membahaskan suatu rang undang-undang dengan lebih terperinci berbanding dengan Dewan Rakyat dan untuk membincangkan mengenai perkara-perkara kepentingan umum, Dewan Negara mempunyai 69 ahli dimana 40 adalah dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong dan 26 lagi dari ahli Dewan Undangan Negeri. 40 orang yang dilantik adalah dari kalangan orang yang membuat jasa cemerlang dalam perkhidmatan awam dan atau mencapai kepujian dalam lapangan profesion perdagangan, perusahaan, pertanian, kebudayaan, perkhidmatan masyarakat atau wakil kaum asli. Sementera 26 orang daripada ahli Dewan Undangan Negeri terdiri dari dua orang wakil bagi setiap negeri, dua dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang dari Wilayah Persekutuan Labuan yang dilantik Yang Di Pertuan Agong. Tempoh jawatan ahli Dewan Negara adalah 3 tahun dan jawatan tidak terhenti sekiranya berlaku pembubaran Parlimen. Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak tetapi mempunyai kuasa menangguh sesuatu rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat daripada dikemukakan kepada Yang Di Pertuan Agong untuk diperkenakan. Dewan Negara tidak berkuasa membuat pindaan jika pindaan itu tidak diterima oleh Dewan Rakyat.
Dewan Rakyat merupakan satu Majlis untuk membolehkan rakyat menyampaikan hasrat dan mendapatkan pembelaan melalui Wakil Rakyat mereka. Kesemua ahli Dewan Rakyat dipilih melalui pilihanraya yang mewakili kawasan pilihanraya di seluruh Malaysia. Seseorang ahli hanya mewakili sebuah kawasan pilihanraya tetapi ada juga beberapa orang mewakili dua kawasan pilihanraya iaitu kawasan pilihanraya Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. Tempoh jawatan ahli Dewan Rakyat akan tamat apabila Parlimen telah dibubarkan. Ahli Dewan Rakyat boleh berhenti menjadi ahli Dewan dengan menulis surat kepada Yang Di Pertua Dewan Rakyat. Dia juga dianggap berhenti jika :- a) hilang kelayakan mengikut Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan b) tidak hadir dala mesyuarat Dewan selama enam bulan berterusan tanpa mendapat izin Dewan (Perkara 52 Perlembagaan Persekutuan) atau c) jika tidak menghadiri mesyuarat dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh Dewan mula bersidang selepas pilihanraya
Tiap-tiap ahli Dewan Rakyat akan mengangkat sumpah setia kepada Malaysia dan Perlembagaan sebelum mengambil tempatnya. Yang Di Pertua Dewan boleh dipilih daripada ahli Dewan ataupun orang lain yang difikirkan layak untuk dipilih. Jika orang lain yang dipilih maka dia dianggap sebagai ahli Dewan tambahan. beliau tidak boleh dilantik menjadi Perdana Menteri, Menteri, Timbalan menteri atau Setiausaha Parlimen dan tidak boleh mengundi dalam sebarang perbahasan. Seorang Yang i Pertua juga dipilih dan mestilah dipilih daripada ahli Dewan Rakyat. Dewan Rakyat juga mempunyai seorang Setiausaha yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong.
Badan Kehakiman (Judicirial) adalah badan yang menjalankan kuasa kehakiman di negara ini. Mengiktu Perkara 121 (1) Perlembagaan Persekutuan, kuasa kehakiman bagi Persekutuan adalah terletak di Mahkamah Tinggi di Malaya dan Mahkamah Tinggi di Borneo dan juga mana-mana Mahkamah bawahan yang telag diperuntukkan undang-undang Persekutuan. Kuasa-kuasa kehakiman dinegara ini terleatk di Mahkamah Agong, Mahkamah Rayuan, Mahkamah-Mahkamah Tinggi dan mahkamah-Mahkamah Bawahan. Bagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Hakim, ianya mestilah tidak terpengaruh atau menyebelahi mana-mana pihak, kebebasan untuk menjalankan tugas-tugas hendaklah terjamin.Pihak kehakiman memstilah mempunyai kebebasan untuk bertindak sebagai sebuah institusi. (Lihat rajah hirarki di negeri.)
Kehakiman merupakan satu abdan hakim-hakim (body of judges) dalam satu sistem perlembagaan. Dari segi kuasa dan peranan terdapat kehakiman berbeza-beza antara satu negara dan negara lain. Para Hakim diberi kuasa mentafsir dan melaksanakan undang-undang dengan kuasa atau otoriti yang diberikan kepada mereka. Kuasa ini termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Dalam sistem demokrasi liberal yang diamalkan dinegara ini, kehakiman merupakan cabang ketiga bagi pihak kerajaan memainkan proses pengimbangn kuasa. Perlembagaan Persekutuan menyediakan peruntukan untuk mewujudkan sistem mahkamah supaya tugas-tugas kehakiman dapat dilaksanakan, Mahkamah mempunyai kuasa yang ebsar terhadap badan perundangan dan kuasa eksekutif kerana :
a) mempunyai kuasa mentafsirkan perlembagaan negara
b) mentafsir undang-undang
c) mengisytiharkan sesuatu undang-undang bertulis persekutuan atau negeri
d) mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan sebagai tidak sah disegi undang-undang
Badan perundangan bertugas membuat/menggubal undang-undang dan pihak mahkamah pula melaksanakan undang-undang itu, jika ianya betul. Pihak mahkamah pula mentafsirkan bahagian-bahagian tertentu undang-undang (akta, enakmen atau ordinan) sebagai tidak sah kerana bercanggah dengan bidang kuasanya. Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang ini disebabkan bidang kuasa pemindaan adalah hak badan perundangan atau parlimen sahaja.
Badan Pemerintah (Eksekutif)
Badan pemerintah atau eksekutif diketuai oleh seorang perdana menteri yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong. Perdana Menteri pula mengetuai kerajaan atau kabinet dan juga parti yang memenang majoriti di Parlimen.
JEMAAH MENTERI (KABINET)
Jemaah Menteri diketuai oleh YAB Perdana Menteri dan dianggotai oleh Menteri-Menteri
Kabinet dibentuk oleh parti yang mendapat majoriti (bilangan undi/kerusi) dalam Parlimen
Yang Di Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri, melantik Menteri-Menteri Kabinet dari kalangan ahli-ahli kedua-dua Majlis Parlimen
Semua Menteri dalam kabinet sama-sama bertanggungjawab (kolektif) kepada Parlimen, bagi semua keputusan yang dibuat oleh Kabinet
Kabinet menentukan semua dasar-dasar negara selaras dengan kedudukannya sebagai badan eksekutif yang tertinggi di Malaysia
Kabinet menjalankan tugas-tugas pemerintahan (kuasa eksekutif) atas nama Yang Di Pertuan Agong
Beberapa Jawatankuasa Kabinet dibentuk untuk membantu menjalankan tugas-tugas tertentu iaitu Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kewarganegaraan, Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelaburan
Setiausaha Kabinet ialah Ketua Setiausaha Negara merangkap Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Setiausaha Kabinet menjalankan tugas berikut seperti menyediakan agenda mesyuarat kabinet, menyediakan minit-minit mesyuarat Kabinet, menyimpan bahan-bahan rekod, rekod rahsia dan terhad yang dibincangkan, menyelaraskan jentera pentadbiran di peringkat persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan
STRUKTUR JENTERA PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
Jentera Pentadbiran Pentadbiran Kerajaan Persekutuan terdiri daripada organisasi-organisasi yang ditubuhkan dibawah Perlembagaan Persekutuan dan organisasi-organisasi yang ditubuhkan dibawah kuasa pihak berkuasa
Susunan Jentera Pentadbiran Persekutuan merangkumi Jabatan Perdana Menteri, Kementerian, Jabatan, Suruhanjaya, Perbadanan Awam, Agensi-Agensi Pusat dan Badan-Badan Penyelaras
Jabatan Perdana Menteri
Badan induk yang berfungsi menyelaraskan dasar-dasar kerajaan persekutuan dan menentukan corak kepimpinan negara atau menentukan pelaksanaan dasar-dsar kerajaan secara cekap dan berkesan menerusi kementerian-kementerian, diketuai oleh Perdana Menteri, dan dibantu oleh Menteri-Menteri Kabinet. Perdana Menteri dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong atas dasar beliau mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.
Organisasi-organisasi yang ditubuhkan oleh kerajaan persekutuan untuk berfungsi secara langsung dibawah Jabatan Perdana Menteri termasuklah Majlis Pembangunan Negara, Majlis Perancangan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perangkaan Negara, Jabatan Audit Negara, Jabatan Peguam Negara, Badan Pencegah Rasuah, Jabatan Perpaduan Negara, Agensi-Agensi Pusat
Kementerian
Agensi pentadbiran tertinggi dalam system pentadbiran Kerajaan Persekutuan, berfungsi menggubal dasar, merancang program pembangunan negara dan melaksanakan program dibawah pengawasan Menteri berkenaan. Di ketuai Menteri dan dibantu oleh seorang Timbalan Menteri. Ketua Setiausaha menjadi penasihat pentadbiran kepada Menteri. Dibahagi menurut fungsi iaitu di Peringkat Persekutuan (seperti Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Kewangan) dan berfungsi di peringkat Persekutuan dan Negeri (seperti Kementerian Kebajikan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber Manusia)
Jabatan
Agensi kerajaan yang terletak dibawah sesebuah kementerian yang terbahagi kepada tiga iaitu Jabatan Persekutuan, Jabatan Negeri dan Jabatan Cawangan Persekutuan. Lazimnya Jabatan Persekutuan di ketuai oleh seorang Ketua Pengarah (contohnya Ketua Audit Negara bagi Jabatan Audit Negara, Akauntan Negara bagi Jabatan Akauntan Negara atau Peguam Negara bagi Jabatan Peguam Negara)
Perkhidmatan Awam Persekutuan
Perkhidmatan Awam Persekutuan meliputi Pasukan Polis, Angkatan Tentera, Perkhidmatan Pendidikan, Perkhidmatan Am Bersama, Perkhidmatan Awam Setiap Negeri, Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang, Perkhidmatan Awam Tidak Meliputi Jawatan Anggota Pentadbiran
Suruhanjaya
Malaysia mempunyai tiga jenis Suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan (Tetap bagi memastikan pengambilan, perkhidmatan dan disiplin kakitangan kerajaan dikendalikan dengan saksama antaranya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Polis, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Majlis Angkatan Tentera, Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang), Suruhanjaya Pilihanraya (bagi memastikan sesuatu pilihanraya dijalankan dengan saksama tanpa memihak kepada mana-mana parti politik atau kawasan pengundi) dan Suruhanjaya Khas (Sementara bagi mengatasi masalah yang timbul ekoran sesuatu isu yang sensitive seperti Suruhanjaya Gaji Aziz, Suruhanjaya Gaji Harun, Suruhanjaya Di Raja 1968, Suruhanjaya Di Raja 1973).
Suruhanjaya Perkhidmatan
Terdapat lima suruhanjaya perkhidmatan peringkat Kerajaan Persekutuan yang diantaranya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang, Suruhanjaya Perkhidmatan Polis dan Majlis Angkatan Tentera)
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Ditubuh dibawah Perkara 139, Perlembagaan Persekutuan. Anggota dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong dengan rundingan Majlis Raja-Raja dan nasihat Perdana Menteri. Terbahagi kepada tiga iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Persekutuan, Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri dan Cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan dianggotai oleh Seorang Pengerusi, seorang Naib Pengerusi dan empat hingga tiga puluh orang ahli. Pengerusi dan Naib Pengerusi adalah daripada bekas pegawai perkhidmatan awam yang telah bersara tidak lebih dari lima tahun. Suruhanjaya berfungsi untuk perlantikan dalam perkhidmatan awam persekutuan, perkhidmatan awam negeri tertentu dan kakitangan perkhidmatan keretapi, pengesahan jawatan dalam perkhidmatan awam, meletakkan kakitangan dalam status pencen bagi mereka yang berpencen, menukarkan kakitangan dalam satu skim atau jawatan yang lain, kenaikan pangkat kakitangan dalam perkhidmatan keretapi dan perkhidmatan awam, mengambil tindakan disiplin bagi kakitangan perkhidmatan awam dalam kumpulan A, B dan C
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
Dianggotai oleh seorang Pengerusi, seorang Naib Pengerusi dan Empat hingga lapan orang ahli. Ahli-ahli Suruhanjaya Pendidikan dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong (atas nasihat Perdana Menteri dan setelah di runding dengan Majlis Raja-Raja. Peranan Suruhanjaya Pendidikan ialah membuat pelantikan dalam perkhidmatan perguruan dan menempatkan guru-guru atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan kedalam kategori tertentu.